Kami adalah pakar dalam menjadikan tidur anda bak Raja!! Jom jadikan bilik tidur anda seperti di hotel 5 Bintang. Membekal dan menjual barangan keperluan hotel keluaran DAG® secara runcit dan borong. Hubungi : 0176360670 (Azlan)
Tuesday, 19 March 2019
Kerja, Rehat dan Tidur
Assalamualaikum dan selamat pagi.. Eh. .Nak tengah hari dah la. .hihihi..
Topic apa hari ni? Sedikit kupasan berkenaan kerja, rehat dan tidur.
Setiap manusia biasa, semua nya memerlukan kerja kan, kalau tiada kerja macam mana kita nak menyara hidup kita, keluarga dan bagi menampung kehidupan dan ekonomi kita. Ada yang berkerja waktu pejabat, ada yang berkerja shift macam saya. Ada yang berkerja dan jadi usahawan part-time, pun macam saya.. Hihihi
Baik, berbalik pada kerja, secara puratanya, seorang manusia menghabiskan masa berkerja seharian dipejabat atau ditempat kerja selama 6-10 jam setiap hari.. Itu belum lagi dikira dengan tempoh perjalanan pergi dan balik, kalau dikira, kita menghabiskan hampir 10 jam seharian mencari rezeki. Bagi yang buat kerja lebih masa pula, hampir 12-16 jam kita ditempat kerja. Memenatkan tetapi atas komitmen dan tanggungjawab kita perlu lalui semua ini.
Disebalik kesibukkan dan kepenatan yang kita lalui, kualiti serta produktiviti kerja harus juga dijaga dan dikekalkan. Bayangkan, anda memperuntukan waktu kerja selama 9 jam dipejabat, tetapi tiada apa yang anda mampu sumbangkan dan hasilkan, ibarat kita membuang tenaga dan masa. Tetapi, apabila anda menjaga kualiti dan produktiviti, insyallah hasil kepada syarikat yang anda janji adalah menakjubkan, balik kerumah pun dengan hati yang girang dan tersenyum lebar serta puas dengan kerja anda.
Bagi mendapatkan hasil yang terbaik ditempat kerja, waktu rehat dan tidur amatlah perlu dijaga. Waktu ditempat kerja, apabila waktu rehat, tak salah andai anda luangkan dalam 3-5 minit untuk kita meleapkan mata sekejap. Tapi jangan lah sampai sejam meleapkan mata tu. Kaedah melelapkan mata 3-5 minit dapat membantu para pekerja untuk berehat dan menyegarkan semula badan dan fikiran. Seterusnya, akan menambah daya kreativiti, produktiviti dan semangat ditempat kerja.
Selain itu, kita juga digalakkan untuk membuat senaman ringan ditempat kerja. Apa tidak nya, bolehkah kita duduk selama 8 jam diatas kerusi tanpa membuat regangan ringan yang mana akan membuat kita letih dan mengantuk ditempat kerja. Senaman ringan boleh dibuat seperti membuat sedikit regangan dikaki, tangan ataupun badan kita. Menarik nafas perlahan-lahan dan menghembus perlahan-lahan juga boleh membantu kita mendapat kelegaan disaat kita penat dan letih ditempat kerja.
Selesai waktu kerja, pulang sahaja kerumah, kita akan letih dan juga penat kan. Waktu dirumah, waktu tidur malam adalah sangat berharga pada kita. Purata seorang manusia, memerlukan wakgu tidur 6-8 jam waktu tidur bagi mengembalikan tenaga dan mendapatkan rehat yang sekucupnya. Bagi mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti, bilik tidur dan tempat kita tidur iaitu katil, tilan dan bantal amatlah memainkan peranan yang amat mendalam. Bayangkan badan kita yang dah terlalu letih, tetapi tidur kita terganggu dek kerana tilam kita keras macam batu, bantal kita keras dan tidak sesuai dengan kita. Membuatkan kita apabila waktu pagi seperti bertambah letih dan penat!
Tidur tidak berkualiti yang kita dapat tu, akan memberi kesan pada ke-esokkan harinya. Semua kerja kita tidak mampu memberi fokus, malah kita akan lebih mengantuk ditempat kerja. Jadi, pemilihan ruang tempat tidur seperti katil dan bantal amat mempengaruhi kehidupan kita sebenarnya. Kita perlu teliti berkenaan hal ini, sebagai contoh bantal yang tinggi dan keras, tidak semua orang sesuai dengan bantal ini. Yang diperlukan adalah bantal yang rendah atau sederhana rendah serta lembut untuk menyokong kepala dan tengkuk kepala kita.
Apabila kita melengkapkan keperluan bilik tidur kita dengan selengkapnya, Insyallah tidur kita akan lebih bersemangat dan mood kita akan bertambah baik dengan mengambil berat akan hal ini. Tak percaya? Cuba kita buat dulu, dan hasilnya kita akan ketahui nya nanti. Sebab apa? Pernah tak kita perasan, kenapa kita ataupun anak kita seronok apabila kita tidur di bilim Hotel? Mungkin bagi anak-anak, puncanya adalah adanya kolam mandi untuk mereka bergembira, tetapi bagi dewasa, bilik tidur dihotel itulah yang menggembirakan kita. Mana tidaknya, kita akan complain jika bilik yang kita sewa itu kotor, bantal yang busuk, selimut yang kotor. Begitulah juga kita harus menitik beratkan hal berkaitan bilik tidur kita dirumah. Orang kata, jadikan bilik tidur rumah kita seperti dihotel dan jangan seperti di stor barangan lusuh.. Hihihi..
Akhir kata, semua kepenatan kita ditempat kerja, rumah adalah sebaik-baik tempat berehat. Jadikan rumah dan bilik tidur kita seperti taman-taman yang memberi ilham dan ketenangan kepada kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment