Assalamualaikum semua.
Semalam jumaat yang super duper busy.. Keluar dari pagi, membawa ke lewat petang..
Sebelum keluar rumah, ting ting bunyi phone.. Order masuk untuk 6 biji bantal hclass classicc sebanyak 6 biji di Shah Alam.. Alhamdulilah..
Ok, kenapa semalam satu hari yang memenatkan?
Seawal jam 8 pagi keluar rumah, terus bertapak di LHDN menara PGRM, mati stem hasil katenya.. Untuk ape tu? Hihi.. Tunggu penghujung story ni..
Habis urusan di LHDN selama sejam lebih, terus menuju ke Syabas jalan pantai bharu, settle kan urusan disitu pulak.. Hampir dua jam berurusan.. Merempit terus balik selayang untuk hantar Qisya ke sekolah dan solat Jumaat. Dok KL ni kalau banyak sangat urusan, tak boleh kalau naik kereta.. Mereputt oii dalam jem.. Hehehe
Selesai waktu solat Jumaat, den berkejar pulak ke TNB di wisma Dua sentral.. Urusan dengan TNB pulak.. Adalah dalam sejam dekat situ.. Selesai je terus bergegas ke Putrajaya dengan wife.. Perjalanan hampir sejam.. Hmsampai lah ke destinasi yang ditujui.. Rasanya kemana? Sebab semua urusan tu memang prepare untuk pertemuan di Putrajaya.
Sesampai je di Jabatan Perdana menteri, den dengan wife mendaftar dulu untuk masuk ke sana. .Yelah, safety first katanya.. Hihi.. Naik ke tingkat 4 di Bahagian Pengurusan Hartanah..
Semua aktiviti yang kami lakukan, dari LHDN, Syabas Dan TNB adalah untuk disatukan di BPH ni.. Hihihi.. Sebab yang sebenarnya wife dah dapat tawaran untuk kami menghuni di kuarters kakitangan Awan (KKA) Jalan Syahbandar.. Kuarters baru.. Ikotkan plan, pertemuan di Putrajaya adalah untuk urusan pengambilan kunci, so siap dah berangan nak bawak anak ke Rumah baru malam nanti, urusan dokumen kami serah kan pada staff BPH, tunggu lah kami di luar sekejap, tungu punya tunggu, sekali pegawai terbabit keluar, bawak dokumen kami. Kunci rumah dia tak bawak pulak, rupanya dokumen kami tak lengkap, tak lengkap sebab bahagian pengesahan pegawai wife, tiada nama jabatan.. Adehh.. Simple tapi bila melibatkan dokumen ni, tiada kompromi.. Hihihi.. Redha lah kami, keluar dari sana dan bawak bekalan kosong.. Haha.. Minggu depan lah baru settle kan balik.
Disebalik kepenatan yang kami lalui dari pagi bawak ke petang, rupanya ada anugerah yang kami Allah dah berikan pada kami selepas selesai semua urusan tadi.. Rupa nya Allah dah aturkan, pagi tadi kan kami dapat order 6 biji bantal, terus gerak dari Putrajaya, menuju ke Shah Alam dan buat penghantaran ke sana.. Alhamdulilah.. Disebalik kegelapan tu, ada sinar dihujung nye. .Cewahh...
Tapi banyak perkara yang dapat kami pelajari, dimana kunci utama nya adalah positif.. Apabila kita berfikiran positif, insyallah, kesusahan yang dah kita lalui tu, kita akan hadapi dengan penuh yakin dan tiada rungutan yang boleh mengheret kita ke lembah negatif.. Hihi..
Ni gambar masa dekat BPH.. Birang tak lengkap pun masih senyum lagi..
So, settle je COD, balik semula ke sarang, ibarat burung balik ke sarang apabila petang.. Hihihihi..
So dapat pengajaran tak dari cerita saya ni? Next time akan saya share lagi.. Sebaik² manusia adalah yang dapat memberi manfaat pada insan lain.. InsyAllah..
Hebat Bossku
ReplyDeleteNice
ReplyDelete