Pagi yang indah.. Ternampak couple suami isteri ni makan suap menyuap dekat kedai mamak tepi station Petronas jalan chocarane ni.. Bahagia nampak pagi-pagi ni mereka..
Sebenarnye, apabila melibatkan pasangan suami isteri ni, den selalu menjadi mangsa mereka sejak menjadi usahawan bantal DAG ni.. Hehe
Apa tidak nya.. Sering sangat nak buat kejutan dekat pasangan mereka ni, sampai order pun terkejot tau! Hehe.. Order jam 4 kol 5 nak dapatkan bantal tu.. Nasib den ade superpower boleh hantar cepat-cepat. .
Ok berbalik pada kisah bantal cinta ni, den memang kerap dapat dari pasangan suami isteri ni, ada suami yang mintak den hantar nak suprise kan isteri nya dalam pantang, ada isteri nak suprise kan suami sebab asyik dok menyebut bantal DAG je.. Hihi.. Dan yang special nya, apabila si isteri Beli bantal dan siap kan hiasan berserta belon serta bunga.. Bahagia tengok mereka dan satu kelegaan apabila kita membantu lebih ramai orang untuk bahagia.. Alhamdulilah
Tengok lah mereka ni.. Betapa bahagia nya mereka..
Tapi... Tak semestinya suami isteri je boleh membeli bantal cinta ni, sebab cinta bukan hanya untuk pasangan lelaki dan wanita, cinta boleh dizahirkan dengan kasih sayang anak kepada ibubapa mereka. Sebagai contoh, ada seorang anak ni, membeli bantal yang terbaik untuk ibu dan bapa mereka, dibelikan bantal microfiber, di belikan bantal hclass untuk bilik tetamu dirumah ibubapa.. Dekat situ je dah melambangkan betapa kasih dan sayang seorang anak kepada ibubapa mereka.. Aishhh.. Den x boleh kalau bab ibubapa ni, mau meleleh kang teringat kan arwah mak den.. Huhuhu..
Disebalik kami sebagai seorang usahawan bantal DAG ni, antara sedar ataupun tidak, kita dah membantu lebih ramai orang untuk menikmati dan mengecapi kebahagiaan.. Jadi, apabila kita membuat sesuatu, tak kira lah apa sahaja perkara yang kita lakukan, niat kan untuk kita membantu lebih ramai orang, bantu dan jayakan, insyallah kita akan lebih tenang dan kita sendiri akan menikmati disaat itu terjadi..
Hihihi.. So ini lah sedikit coretan den berkenaan bantal cinta.. Dah mcm doktor cinta dah kadang².. Hahaha. .Nanti den akan cerita lagi pelbagai kisah sepanjang bergelar usahawan DAG ni.. Chowww!!
No comments:
Post a Comment