Sunday, 17 March 2019

Dreamboard 2019- Umrah


Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua..
Semalam jadual agak padat sikit,  tak menyempat nak mengarang.. Hihi.. Pagi bertugas hakiki,  petang pulak menghantar mak mertua dan rombongan nya ke airport untuk menunaikan ibadat umrah. 

Bila bercerita tentang umrah ni,  ia adalah salah satu azam saya yang telah saya nyatakan dalam dreamboard saya tahun ni.  Dalam tu dah saya tulis nak menunaikan umrah bersama isteri dan anak pada bulan November 2019, siap tulis date lagi tau 11/11/2019, memang sekarang dalam usaha untuk merealisasikan impian kami sekeluarga ni. 

Semalam,  bila kita menghantar jemaah-jemaah umrah ni,  secara tidak langsung ia seperti ada satu aura yang kuat untuk kita sama-sama dengan mereka.. Nasib passport tak bawak dan visa tak ada,  kalau tak dah menyelit sekali tu.. Hihihi.. 
Seperti magnet yang mengajak kita sekali,  teruja,  dan juga sentimental.. Yelah mana tak nya,  bila kita sebagai seorang islam,  sekali seumur hidup pun dah ok untuk kita menunaikannya. 

Kenapa saya letakkan impian saya nak menunaikan umrah pada tahun ni?  Sebab pada saya,  bila dalam keadaan sekarang dengan saya ada kerja yang tetap,  dan juga sebagai usahawan 'part-time' bisnes Bantal DAG ni,  kita nak berusaha untuk menjadi yang lebih baik.  Tiada orang yang tak nak mempertingkatkan diri mereka,  semua orang nak maju kehadapan dan lupa kan apa kesalahan kita dulu. Baru lah nampak perubahan dengan apa yang kita dah lakukan sekarang. Sebab pada saya,  tindakan yang kita buat sekarang akan menentukan kejayaan dan siapa diri kita akan datang nanti. 

Impian nak menunaikan umrah ni memang kena jelas dan nyata.. Sebab tu saya letakkan tarikh untuk saya capai,  berazam dan berdoa semoga hasrat baik kita ni tercapai.  Balik je dari airport,  terus menuju ke Matta Fair dekat PWTC tu,  yelah kena buat survey juga berapa yang kita kena sediakan,  kalau tak agak susah untuk azam kita tu lebih jelas dan nyata. 

Banyak juga agensi yang menyalurkan maklumat ni semalam,  ada dua yang menjadi pilihan kami semalam,  satu dari Persada agensi dan satu lagi dari JAD agensi. Dua-dua menarik dan berpatutan.  Bila dah buat survey ni,  semangat lagi bertambah dan bertambah teruja.. Hihi.. Sampai nak tidur pun memikirkan lagi.. Haha

Harapan semoga impian nak menunaikan umrah pada 11/11/2019 tercapai bersama isteri, anak dan juga jika di izinkanNYA nak bawak Abah sekali bersama.  Memang teringin dan berazam untuk bawak Abah sekali bersama. Orang kata,  sebagai tanda terima kasih pada beliau dan nak menggembirakan dia. 

Doa dan harapan akan seiring,  sama lah juga usaha untuk kita merealisasikan impian ni,  tinggal beberapa bulan je lagi untuk saya capai.

Doakan saya untuk mencapai apa yang saya impikan pada tahun ni

No comments:

Post a Comment