Saturday, 27 April 2019

Pindah Rumah Dan Bantal Baru

Assalamualaikum dan Selamat Pagi..

Lama tak mencoret dekat sini.. Den agak busy sikit dalam sebulan dua ni.. Maklumlah dalam proses berpindah rumah.. Hihi..

Ok!  Dalam kesibukan menguruskan urusan perpindahan ni,  penat dan sibuk tu memang terasa sangat,  sampai tak boleh nak fikir perkara yang lain.  Dekat rumah lama,  proses sorting menyorting barang² lama pun bermula.. Setiap hari ada je plastik hitam besar den akan buang.. Antara nya kertas², baju² lama dan lain² lagi barang yang den fikirkan harus dilupuskan.. Dalam banyak² barang tu,  terselit lah juga bantal² busuk den.. Yang ni memang den tak kan simpan dan tak mau jadikan koleksi walaupun banyak 'kenangan' bersama.. Haha..

Kenapa den lupuskan semua bantal busuk tu?  Sebab den tak mau bawak bakteria, hama yang ada dekat bantal tu kerumah baru.. Bantal lama tu semua den tukarkan dengan semua bantal baru.. Dan of course la bantal baru ni semua bantal hotel DAG®.
Untuk rumah baru ni,  den gunakan bantal jenis Hclass classic,  Hclass Pro dan juga bantal PHD. Terselit juga bantal Microfiber dan juga bantal Diamond.. Hihi.. Banyak kan?  Sebab lain bilik lain jenis bantal nye.  Dan dah tentu lain pengalaman tidurnya..

Selain bantal,  rumah baru ni juga den ade standbykan set cadar dari DAG HOME.  Yang ni produk terbaru dan juga sangat menarik untuk mata memandang. Banyak kan produk dari DAG ni?


Bantal baru dah on,  cadar baru dah on..  Tinggal sikit je lagi saki baki barang² yang tinggal dekat rumah lama..  Yang lain dah habis den angkot kerumah baru. Dan insyallah,  bulan Mei ni den akan beraksi semula dengan bantal ditepi jalan. .RINDU OII!!
memang rindu sangat nak beraksi tepi jalan dengan bantal.. Dan nantikan area baru yang den akan tawan untuk bukak bonet dan menjual barang² DAG ni nanti.

Jumpa lagi semua di coretan yang berikutnya.. Bye!


Tuesday, 19 March 2019

Kerja, Rehat dan Tidur


Assalamualaikum dan selamat pagi.. Eh. .Nak tengah hari dah la. .hihihi..

Topic apa hari ni?  Sedikit kupasan berkenaan kerja,  rehat dan tidur.
Setiap manusia biasa,  semua nya memerlukan kerja kan,  kalau tiada kerja macam mana kita nak menyara hidup kita, keluarga dan bagi menampung kehidupan dan ekonomi kita. Ada yang berkerja waktu pejabat,  ada yang berkerja shift macam saya.  Ada yang berkerja dan jadi usahawan part-time,  pun macam saya.. Hihihi

Baik,  berbalik pada kerja,  secara puratanya,  seorang manusia menghabiskan masa berkerja seharian dipejabat atau ditempat kerja selama 6-10 jam setiap hari.. Itu belum lagi dikira dengan tempoh perjalanan pergi dan balik,  kalau dikira, kita menghabiskan hampir 10 jam seharian mencari rezeki. Bagi yang buat kerja lebih masa pula,  hampir 12-16 jam kita ditempat kerja. Memenatkan tetapi atas komitmen dan tanggungjawab kita perlu lalui semua ini.


Disebalik kesibukkan dan kepenatan yang kita lalui,  kualiti serta produktiviti kerja harus juga dijaga dan dikekalkan. Bayangkan,  anda memperuntukan waktu kerja selama 9 jam dipejabat,  tetapi tiada apa yang anda mampu sumbangkan dan hasilkan,  ibarat kita membuang tenaga dan masa. Tetapi,  apabila anda menjaga kualiti dan produktiviti,  insyallah hasil kepada syarikat yang anda janji adalah menakjubkan,  balik kerumah pun dengan hati yang girang dan tersenyum lebar serta puas dengan kerja anda.

Bagi mendapatkan hasil yang terbaik ditempat kerja,  waktu rehat dan tidur amatlah perlu dijaga.  Waktu ditempat kerja,  apabila waktu rehat,  tak salah andai anda luangkan dalam 3-5 minit untuk kita meleapkan mata sekejap. Tapi jangan lah sampai sejam meleapkan mata tu.  Kaedah melelapkan mata 3-5 minit dapat membantu para pekerja untuk berehat dan menyegarkan semula badan dan fikiran. Seterusnya,  akan menambah daya kreativiti,  produktiviti dan semangat ditempat kerja.

Selain itu, kita juga digalakkan untuk membuat senaman ringan ditempat kerja.  Apa tidak nya,  bolehkah kita duduk selama 8 jam diatas kerusi tanpa membuat regangan ringan yang mana akan membuat kita letih dan mengantuk ditempat kerja. Senaman ringan boleh dibuat seperti membuat sedikit regangan dikaki,  tangan ataupun badan kita.  Menarik nafas perlahan-lahan dan menghembus perlahan-lahan juga boleh membantu kita mendapat kelegaan disaat kita penat dan letih ditempat kerja.

Selesai waktu kerja,  pulang sahaja kerumah,  kita akan letih dan juga penat kan.  Waktu dirumah,  waktu tidur malam adalah sangat berharga pada kita.  Purata seorang manusia,  memerlukan wakgu tidur 6-8 jam waktu tidur bagi mengembalikan tenaga dan mendapatkan rehat yang sekucupnya. Bagi mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti, bilik tidur dan tempat kita tidur iaitu katil, tilan dan bantal amatlah memainkan peranan yang amat mendalam. Bayangkan badan kita yang dah terlalu letih,  tetapi tidur kita terganggu dek kerana tilam kita keras macam batu,  bantal kita keras dan tidak sesuai dengan kita.  Membuatkan kita apabila waktu pagi seperti bertambah letih dan penat!

Tidur tidak berkualiti yang kita dapat tu,  akan memberi kesan pada ke-esokkan harinya. Semua kerja kita tidak mampu memberi fokus, malah kita akan lebih mengantuk ditempat kerja. Jadi, pemilihan ruang tempat tidur seperti katil dan bantal amat mempengaruhi kehidupan kita sebenarnya. Kita perlu teliti berkenaan hal ini, sebagai contoh bantal yang tinggi dan keras, tidak semua orang sesuai dengan bantal ini.  Yang diperlukan adalah bantal yang rendah atau sederhana rendah serta lembut untuk menyokong kepala dan tengkuk kepala kita.

Apabila kita melengkapkan keperluan bilik tidur kita dengan selengkapnya,  Insyallah tidur kita akan lebih bersemangat dan mood kita akan bertambah baik dengan mengambil berat akan hal ini. Tak percaya?  Cuba kita buat dulu,  dan hasilnya kita akan ketahui nya nanti. Sebab apa?  Pernah tak kita perasan,  kenapa kita ataupun anak kita seronok apabila kita tidur di bilim Hotel?  Mungkin bagi anak-anak,  puncanya adalah adanya kolam mandi untuk mereka bergembira,  tetapi bagi dewasa,  bilik tidur dihotel itulah yang menggembirakan kita.  Mana tidaknya,  kita akan complain jika bilik yang kita sewa itu kotor,  bantal yang busuk, selimut yang kotor. Begitulah juga kita harus menitik beratkan hal berkaitan bilik tidur kita dirumah.  Orang kata,  jadikan bilik tidur rumah kita seperti dihotel dan jangan seperti di stor barangan lusuh.. Hihihi..

Akhir kata,  semua kepenatan kita ditempat kerja,  rumah adalah sebaik-baik tempat berehat.  Jadikan rumah dan bilik tidur kita seperti taman-taman yang memberi ilham dan ketenangan kepada kita.

Sunday, 17 March 2019

Dreamboard 2019- Umrah


Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua..
Semalam jadual agak padat sikit,  tak menyempat nak mengarang.. Hihi.. Pagi bertugas hakiki,  petang pulak menghantar mak mertua dan rombongan nya ke airport untuk menunaikan ibadat umrah. 

Bila bercerita tentang umrah ni,  ia adalah salah satu azam saya yang telah saya nyatakan dalam dreamboard saya tahun ni.  Dalam tu dah saya tulis nak menunaikan umrah bersama isteri dan anak pada bulan November 2019, siap tulis date lagi tau 11/11/2019, memang sekarang dalam usaha untuk merealisasikan impian kami sekeluarga ni. 

Semalam,  bila kita menghantar jemaah-jemaah umrah ni,  secara tidak langsung ia seperti ada satu aura yang kuat untuk kita sama-sama dengan mereka.. Nasib passport tak bawak dan visa tak ada,  kalau tak dah menyelit sekali tu.. Hihihi.. 
Seperti magnet yang mengajak kita sekali,  teruja,  dan juga sentimental.. Yelah mana tak nya,  bila kita sebagai seorang islam,  sekali seumur hidup pun dah ok untuk kita menunaikannya. 

Kenapa saya letakkan impian saya nak menunaikan umrah pada tahun ni?  Sebab pada saya,  bila dalam keadaan sekarang dengan saya ada kerja yang tetap,  dan juga sebagai usahawan 'part-time' bisnes Bantal DAG ni,  kita nak berusaha untuk menjadi yang lebih baik.  Tiada orang yang tak nak mempertingkatkan diri mereka,  semua orang nak maju kehadapan dan lupa kan apa kesalahan kita dulu. Baru lah nampak perubahan dengan apa yang kita dah lakukan sekarang. Sebab pada saya,  tindakan yang kita buat sekarang akan menentukan kejayaan dan siapa diri kita akan datang nanti. 

Impian nak menunaikan umrah ni memang kena jelas dan nyata.. Sebab tu saya letakkan tarikh untuk saya capai,  berazam dan berdoa semoga hasrat baik kita ni tercapai.  Balik je dari airport,  terus menuju ke Matta Fair dekat PWTC tu,  yelah kena buat survey juga berapa yang kita kena sediakan,  kalau tak agak susah untuk azam kita tu lebih jelas dan nyata. 

Banyak juga agensi yang menyalurkan maklumat ni semalam,  ada dua yang menjadi pilihan kami semalam,  satu dari Persada agensi dan satu lagi dari JAD agensi. Dua-dua menarik dan berpatutan.  Bila dah buat survey ni,  semangat lagi bertambah dan bertambah teruja.. Hihi.. Sampai nak tidur pun memikirkan lagi.. Haha

Harapan semoga impian nak menunaikan umrah pada 11/11/2019 tercapai bersama isteri, anak dan juga jika di izinkanNYA nak bawak Abah sekali bersama.  Memang teringin dan berazam untuk bawak Abah sekali bersama. Orang kata,  sebagai tanda terima kasih pada beliau dan nak menggembirakan dia. 

Doa dan harapan akan seiring,  sama lah juga usaha untuk kita merealisasikan impian ni,  tinggal beberapa bulan je lagi untuk saya capai.

Doakan saya untuk mencapai apa yang saya impikan pada tahun ni

Saturday, 16 March 2019

Keluar pagi Balik Petang

Assalamualaikum semua.

Semalam jumaat yang super duper busy.. Keluar dari pagi,  membawa ke lewat petang..

Sebelum keluar rumah,  ting ting bunyi phone.. Order masuk untuk 6 biji bantal hclass classicc sebanyak 6 biji di Shah Alam.. Alhamdulilah..

Ok, kenapa semalam satu hari yang memenatkan?
Seawal jam 8 pagi keluar rumah,  terus bertapak di LHDN menara PGRM,  mati stem hasil katenya.. Untuk ape tu?  Hihi.. Tunggu penghujung story ni..

Habis urusan di LHDN selama sejam lebih,  terus menuju ke Syabas jalan pantai bharu, settle kan urusan disitu pulak.. Hampir dua jam berurusan.. Merempit terus balik selayang untuk hantar Qisya ke sekolah dan solat Jumaat. Dok KL ni kalau banyak sangat urusan,  tak boleh kalau naik kereta.. Mereputt oii dalam jem.. Hehehe

Selesai waktu solat Jumaat,  den berkejar pulak ke TNB di wisma Dua sentral.. Urusan dengan TNB pulak.. Adalah dalam sejam dekat situ.. Selesai je terus bergegas ke Putrajaya dengan wife.. Perjalanan hampir sejam.. Hmsampai lah ke destinasi yang ditujui.. Rasanya kemana?  Sebab semua urusan tu memang prepare untuk pertemuan di Putrajaya.

Sesampai je di Jabatan Perdana menteri,  den dengan wife mendaftar dulu untuk masuk ke sana. .Yelah,  safety first katanya.. Hihi.. Naik ke tingkat 4 di Bahagian Pengurusan Hartanah..

Semua aktiviti yang kami lakukan,  dari LHDN,  Syabas Dan TNB adalah untuk disatukan di BPH ni.. Hihihi.. Sebab yang sebenarnya wife dah dapat tawaran untuk kami menghuni di kuarters kakitangan Awan (KKA) Jalan Syahbandar.. Kuarters baru.. Ikotkan plan, pertemuan di Putrajaya adalah untuk urusan pengambilan kunci,  so siap dah berangan nak bawak anak ke Rumah baru malam nanti,  urusan dokumen kami serah kan pada staff BPH,  tunggu lah kami di luar sekejap,  tungu punya tunggu,  sekali pegawai terbabit keluar,  bawak dokumen kami. Kunci rumah dia tak bawak pulak,  rupanya dokumen kami tak lengkap,  tak lengkap sebab bahagian pengesahan pegawai wife,  tiada nama jabatan.. Adehh.. Simple tapi bila melibatkan dokumen ni,  tiada kompromi..  Hihihi.. Redha lah kami,  keluar dari sana dan bawak bekalan kosong.. Haha.. Minggu depan lah baru settle kan balik.

Disebalik kepenatan yang kami lalui dari pagi bawak ke petang,  rupanya ada anugerah yang kami Allah dah berikan pada kami selepas selesai semua urusan tadi.. Rupa nya Allah dah aturkan,  pagi tadi kan kami dapat order 6 biji bantal,  terus gerak dari Putrajaya,  menuju ke Shah Alam dan buat penghantaran ke sana.. Alhamdulilah.. Disebalik kegelapan tu,  ada sinar dihujung nye. .Cewahh...

Tapi banyak perkara yang dapat kami pelajari,  dimana kunci utama nya adalah positif.. Apabila kita berfikiran positif,  insyallah,  kesusahan yang dah kita lalui tu,  kita akan hadapi dengan penuh yakin dan tiada rungutan yang boleh mengheret kita ke lembah negatif.. Hihi..


Ni gambar masa dekat BPH.. Birang tak lengkap pun masih senyum lagi..


So,  settle je COD,  balik semula ke sarang,  ibarat burung balik ke sarang apabila petang.. Hihihihi..

So dapat pengajaran tak dari cerita saya ni?  Next time akan saya share lagi.. Sebaik² manusia adalah yang dapat memberi manfaat pada insan lain.. InsyAllah..

Thursday, 14 March 2019

BANTAL CINTA

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Pagi yang indah.. Ternampak couple suami isteri ni makan suap menyuap dekat kedai mamak tepi station Petronas jalan chocarane ni.. Bahagia nampak pagi-pagi ni mereka..

Sebenarnye,  apabila melibatkan pasangan suami isteri ni,  den selalu menjadi mangsa mereka sejak menjadi usahawan bantal DAG ni.. Hehe

Apa tidak nya.. Sering sangat nak buat kejutan dekat pasangan mereka ni,  sampai order pun terkejot tau!  Hehe.. Order jam 4 kol 5 nak dapatkan bantal tu.. Nasib den ade superpower boleh hantar cepat-cepat. .

Ok berbalik pada kisah bantal cinta ni,  den memang kerap dapat dari pasangan suami isteri ni, ada suami yang mintak den hantar nak suprise kan isteri nya dalam pantang,  ada isteri nak suprise kan suami sebab asyik dok menyebut bantal DAG je.. Hihi..  Dan yang special nya,  apabila si isteri Beli bantal dan siap kan hiasan berserta belon serta bunga.. Bahagia tengok mereka dan satu kelegaan apabila kita membantu lebih ramai orang untuk bahagia.. Alhamdulilah


Tengok lah mereka ni.. Betapa bahagia nya mereka..

Tapi... Tak semestinya suami isteri je boleh membeli bantal cinta ni,  sebab cinta bukan hanya untuk pasangan lelaki dan wanita,  cinta boleh dizahirkan dengan kasih sayang anak kepada ibubapa mereka.  Sebagai contoh,  ada seorang anak ni,  membeli bantal yang terbaik untuk ibu dan bapa mereka,  dibelikan bantal microfiber, di belikan bantal hclass untuk bilik tetamu dirumah ibubapa.. Dekat situ je dah melambangkan betapa kasih dan sayang seorang anak kepada ibubapa mereka.. Aishhh.. Den x boleh kalau bab ibubapa ni, mau meleleh kang teringat kan arwah mak den.. Huhuhu.. 

Disebalik kami sebagai seorang usahawan bantal DAG ni,  antara sedar ataupun tidak,  kita dah membantu lebih ramai orang untuk menikmati dan mengecapi kebahagiaan.. Jadi,  apabila kita membuat sesuatu,  tak kira lah apa sahaja perkara yang kita lakukan,  niat kan untuk kita membantu lebih ramai orang, bantu dan jayakan,  insyallah kita akan lebih tenang dan kita sendiri akan menikmati disaat itu terjadi.. 

Hihihi.. So ini lah sedikit coretan den berkenaan bantal cinta.. Dah mcm doktor cinta dah kadang².. Hahaha. .Nanti den akan cerita lagi pelbagai kisah sepanjang bergelar usahawan DAG ni.. Chowww!!

Wednesday, 13 March 2019

Puteri Bantal katanye..


Pernah tengok video ni?
Anak dara kami yang suka berlakon.. Hehe
Jom tengok! 

Tuesday, 12 March 2019

Den Pilih DAG!


Assalamualaikum dan selamat pagi semua!!

Kenal kan saya,  Zin Azlan Yaacob.. Master Leader DAG..

Fuhh.. Ketar badan nak menulis ni.. Actually blok ni dah ada beberapa bulan.. So sekarang saya modified dan update yang terkini untuk jadikan medium tempat nak melaram di alam maya.. Haha..

So, mungkin ramai yang tahu dan kenal dan juga ada yang tak kenal DAG ni kan.. DAG ni kalau nama panjang dia Das Abdul Global Sdn Bhd.. Pembekal dan pengeluar bantal Hotel 7 bintang di Malaysia..

Ala.. Yang kat tepi highway ade billboard sorang mamat bercermin mata pelok bantal dua biji tu.. Haa.. Tu la DAG dan juga merupakan CEO kami.
Gambar atas tu den dengan beliau..

Panjang pulak menulis ni.. Haha.. So!  Ada yang tanya,  macam mana den boleh terjebak dalam dunia membantal ni.. Hahaha.. Gelak dulu sebab ada part yang kelakar dulu..

Den bermula pada 1/5/2018, dimana pada masa tu,  den menjadi stalker pada dunia bantal ni.. Sebelum decide nak join DAG ni,  den pernah suarakan pandangan dekat wife,  den nak berniaga secara part time.

Bermula la khayalan den nak berniaga pada masa tu,  macam ² den nak jual.. Sampai satu tahap,  den ckp dgn wife.. Den nak jual jamu.. Gelak wife.. Lepas tu dia suruh den buat trademark Datuk Sri Aliff sukri.. Jem kejap masa tu.. Terus tak jadi..

Disebabkan den kena gelak pasal nak jual jamu,  den jadi stalker pada banyak produk dan perniagaan.. Den usha macam² sampai la jumpa DAG ni.. Den follow rapat,  serapat yang boleh.. Den korek, den selidik dan den buat keputusan.. Hahaha.. Terjadi lah keputusan untuk tahu lebih detail nya..

So,  pada masa tu jugak,  den terus cari maklumat macam nak hubungi dorang ni.. Den bukak fb page DAG.. Dapat no phone, den pun wasap.. Tanya dia macam mana nak jadi reseller DAG ni.. Eh.. Dia lom reply la,  tak sabar dan teruja,  den stalker lagi sorang,  yg ni pun dah usha lama kat page dia ni.. Fb Page DAGKL.. Pemiliknya puan Nurain Wahid.  Master leader meletoppsss tu.. Hehehe

Jadi,  den ambil no wasap dia,  wasap terus.. Ehh.. Dia reply cepat la.. Bermula la sesi Q&A den dengan dia. Tanya detail,  tanya macam² la.. Kebetulan masa tu dia dekat Kuantan.. So kami plan nak jumpa dekat Tesco Rawang,  tempat dimana den bermula dengan DAG ni.. Jumpa dengan ML Nurain ni, den tanya lagi lebih detail.. Hahaha.. Dah habis semua den nak tanya..Den terus cakap nak Join.. Dan terus ambil stok 30 biji bantal dekat dia.. Punya la teruja masa tu + takot.. Hahahaha... Sumbat 3 bundle dalam kereta,  penoh bak anggg kete den.. Sendat... So balik la kerumah dengan bawak title baru,  lan bantal..

Tapi... Masa tu den Zero lagi pasal bantal ni.. Balik,  den termenung tengok bantal 30 biji.. Macam mana aku nak buat ni,  boleh ke aku jual bagi habis.. Hahaha..
Sifu kami cakap,  kejayaan seseorang ditentukan dengan tindakan yang kita buat,  so malam tu tanpa berlengah,  den terus plan macam mana nak habis kan stok ni.. Sebab takot terperap jadi pekasam dekat rumah..

Plan nak aturkan strategi nak jual.. Firstly, of course la orang sekeliling kita..  Abis den jaja dekat semua orang yang rapat,  keluarga dan sahabat handai.. Haha.. Malu.. Tapi den tolak tepi malu tu.. Alhamdulillah, dalam masa 2 hari licin,  lepas tu den pening tang lain pulakk.. Pening dan risau stok tak de.. Hahaha.. Dalam bulan Mei 2018 tu,  2 hari sekali den akan mengadap ML Nurain. .den ambik stok dekat dia sebab masa tu tak de masa ke HQ. Setiap kali jumpa,  den akan share pengalaman.. Best!  Wife den pun teruja yg amat sangat.. 😁

Hari demi hari,  masuk hari ke 25, den rupanya dah berjaya jual 300 biji bantal.. Tak ku sangka pencapaian yang dilakukan.. Dan tak ku sangka sepantas ini..

Ini lah sedikit coretan mcm mane den terjebak dengan dunia bantal ni.. Niat den nak membantu lebih ramai orang.. Dan akhir nye,  Alhamdulillah Allah sentiasa permudahkan segalanya..

Cukup sampai sini den mengarang.. Bis dah panggil.. Nanti den sambung lagi..

Choowww!!